dia masih berdagang di situ
setiap senja menjelma
selepas maghrib ditunai
dia masih berdagang di situ
walau dagangannya
tiada pernah terusik
dia masih berdagang di situ
dengan penuh harapan
suatu hari nanti
dagangannya akan dibeli
walau satu
walau kecil
dan saat itu
dia akan berhenti berdagang
buat selamanya
.
No comments:
Post a Comment