Wednesday, April 30, 2008

paklah dan umno

umno ibarat kapal.paklah ibarat nakhoda.kapal tu ..sapa yg tentukan haluan ia.tentulah pak lah.
kalau pak lah tak cekap,lemah...kapal tak akan sampai ke destinasi.mungkin kapal akan pecah terlanggar batu karang,pergi ke pulau yang salah dan tak boleh ambil bekalan air bersih,kene serang lanun.

ahli-ahli umno dan rakyat biasa lak ibarat anak-anak kapal,atau penumpang kapal.kalau nakhoda tersalah haluan,yang akan menanggung akibatnya ialah anak-anak kapal.harapan mereka akan musnah.

jadi kalau kapal tersalah haluan,atau nakhoda suka atau kuat tidur masa kerja,salahkah kalau anak-anak kapal buat 'mutiny' ?

lagi satu,pernah tak kita dengar jeneral yang kalah perang dan tewas di 5 negeri,masih lagi jadi jeneral?

aku tak pernah.

kereta aku eksiden

smlm kereta aku kena sontot ngan keta wira.chilakak.aku tgh nk pusing kiri,tetiba kete wira tu sontot dari belakang.dammm...teperanjat aku.

petang lak,aku print dwg sampai kol 8.30,pastu pegi repot polis.blik,mini aku masak kambing chop.muahuahua....

Thursday, April 24, 2008

terasing d bumi sndiri

semalam,aku masih lagi menaiki komuter utk pulang ke rumah.di stesen komuter,ramai orang berkumpul....di sana,kudengar bunyi suara minangkabau,jawa,boyan dan bahasa2 lain yg x ku faham.ah,.....kadangkala aku maca terasing di bumi sendiri.mengapa terlalu ramai orang-orang asing di negara kita nih?adakah kita terlalu baik pada orang negara luar,.....????

kadang-kadang aku terfikir,seandainya kita pula yang merantau di tempat mereka,adakah kita akan dapat layanan sebagaimana yang kita berikan kepada mereka????

Monday, April 21, 2008

datang lambat

hari nih,pakcik masuk keje lambat lagi.kete masih lom di baiki lagi.gi kije naik komuter.tgh nnti,nk pegi MPS ngan lengchai.

pakcik tensen.macam2 nak buat...macam2 nk pk.yam banglo,koka,hutan,.......sabah,hamsabsuk....

nak wat camne...

selamat hari lahir.isteriku

hari nih adalah hari lahir isteriku.kebetulan,hari nih juga kau membuat blog ini.selamat hari lahir isteriku,kerana sudi menerimaku....sebagai seorang suami ...walau banyak kekuranganku...terima kasih isteriku

sang pengopek kelapa

hari nih,aku terbaca tentang menteri besar tengganu yang baru,datuk ahmad said.bapa beliau adalah seorang pengambil air nira,memanjat 25 batang pokok kelapa sehari,untuk mengambil air nira.

aku pula....bapaku adalah seorang pengopek kelapa.aku adalah anak seorang pengopek kelapa.maka blog aku adalah sang pengopek kelapa