esok,aku kan balik kampung ngan kakpah.kaklong kata nak wat makan-makan pas dapat gaji ngan arrears 4 bulan gaji. :).kak pah nak ambik aku kat umah.
bos yam lak nak jumpa kol 11.30...
akukan balik kampung...
balik ke rumah lama..
yang penuh kenangan.....
Rumah tua itu sepi
sesepi padang bola
selepas senja berlalu
Rumah usang itu sepi
tiada lagi kedengaran
anak-anak kecil berlari-lari
bermain bunga api dan mercun
di malam raya
tiada lagi deretan lampu-lampu pelita
di malam 7 likur
dipasang oleh seorang tua
dan anaknya yang bertongkat dua
tiada lagi kedengaran
leteran sang ibu
menghalau ayam
memberi makan anak-anak ayam
yang comel
tiada lagi
tiada akan kembali
namun kenangan itu
tetap abadi
terpateri
di hati nurani
ini.
No comments:
Post a Comment