Thursday, June 25, 2009

Bertemu Untuk Berpisah.........

Kalau itu takdirnya,aku akan kembali ke hometown aku Batu Pahat.kalau sudah suratan,akan aku tinggalkan daerah ini yang banyak mengajar aku erti pelbagai erti.Erti persahabatan,perjuangan,zhugeliang,artof war dll.Akan aku tinggalkan daerah sepi ini,mengejar impian untuk mengubah kehidupan.

Monday, June 15, 2009

Perginya Seurang Komando ..........

Semalam,seurang bekas komando telah dikebumikan di sebuah kampung di daerah muor.Bekas komando itu adalah pakcikku,pak ayim @pak unggal.Dia adalah adik kepada arwah mak tapi berlainan ibu.Aku masih ingat,ketika aku bersunat dahulu,arwah pak ayim ada menghadiahkan aku sehelai not merah sepuluh ringgit.(kata urang,kalau urang buat baik dengan kita ,sampai mati akan kita sebut2 dan hingat).

Kepada arwah pak ayim@pak unggal,semoga ALLAH mencucuri rahmatNya kepada roh tuan.Dan aku akan sentiasa mengingati wajah tenang pak ayim walau apa keadaan sekalipun ,dengan senyum manis yang terukir di bibir,rambut keriting dan tutur kata yang lembut walaupun dia seurang komando.

ALFATEHAh.

Tuesday, June 9, 2009

Hari Bapa

Hari Bapa.Arwah abah aku meninggal tahun 1998.waktu itu aku masih bertongkat 2 lagi.tahun nih dah 11 tahun abah meninggalkan kami adik beradik.

Arwah abah aku dulu kerja sebagai pengopek kelapa.Tak tahulah samada kalian tahu kerjaya sebagai pengopek kelapa tu apa. :).Walaupun dia kerja sebagai pengopek kelapa,Alhamdulillah,dia berjaya melahirkan anak2 yang berjaya.

aku masih ingat lagi,dulu abah pegi kerja pakai baju yang buruk dan koyak-koyak.Seluar dia pun koyak-koyak kat lutut.Sambil dia jalan terdengkut2 cam aku jugak(anak bapak :) ) di bahunya terpikul batang kopek,iaitu alat untuk mengopek kelapa.

Kadang-kadang,abah pegi kerja kopek kelapa naik basikal kargo tokeh dia,cina chat.Selalu aku masa kecik-kecik kejor dia nak ikut naik basikal.Dan abah tak penah bagi aku ikut.

Kadang2,abah balik kije bawa kelapa gading.kelapa tu klu taruk gula sedap.kadang2 abah balik bawa telur burung.

malam abah ajor budak2 mengaji.kalau hari raya,bugis2 jiran kami selalu minta abah potongkan ayam2.So,selalu,di subuh yang hening di pagi raya,selalu bugis2 jiran kami akan jemput abah baca doa di rumah-rumah mereka.So,kami adik beradik yang lelaki pun pagi2 ikut abah baca doa di rumah jiran2 kami itu.

Abah telah lama pergi.Namun kenangan bersama abah dan juga mak tak akan pernah padam dari lipatan hati kami.aku sering cerita kat anak2 sedara aku......pesal abah aku ngan mak aku....supaya dorang ingat akan asal usul dorang.

aku teringat pepatah pak mat caru:

*kalau tak ada dalam diri,anak mata terdiri-diri
#ingat jimat cermat