Tuesday, June 9, 2009

Hari Bapa

Hari Bapa.Arwah abah aku meninggal tahun 1998.waktu itu aku masih bertongkat 2 lagi.tahun nih dah 11 tahun abah meninggalkan kami adik beradik.

Arwah abah aku dulu kerja sebagai pengopek kelapa.Tak tahulah samada kalian tahu kerjaya sebagai pengopek kelapa tu apa. :).Walaupun dia kerja sebagai pengopek kelapa,Alhamdulillah,dia berjaya melahirkan anak2 yang berjaya.

aku masih ingat lagi,dulu abah pegi kerja pakai baju yang buruk dan koyak-koyak.Seluar dia pun koyak-koyak kat lutut.Sambil dia jalan terdengkut2 cam aku jugak(anak bapak :) ) di bahunya terpikul batang kopek,iaitu alat untuk mengopek kelapa.

Kadang-kadang,abah pegi kerja kopek kelapa naik basikal kargo tokeh dia,cina chat.Selalu aku masa kecik-kecik kejor dia nak ikut naik basikal.Dan abah tak penah bagi aku ikut.

Kadang2,abah balik kije bawa kelapa gading.kelapa tu klu taruk gula sedap.kadang2 abah balik bawa telur burung.

malam abah ajor budak2 mengaji.kalau hari raya,bugis2 jiran kami selalu minta abah potongkan ayam2.So,selalu,di subuh yang hening di pagi raya,selalu bugis2 jiran kami akan jemput abah baca doa di rumah-rumah mereka.So,kami adik beradik yang lelaki pun pagi2 ikut abah baca doa di rumah jiran2 kami itu.

Abah telah lama pergi.Namun kenangan bersama abah dan juga mak tak akan pernah padam dari lipatan hati kami.aku sering cerita kat anak2 sedara aku......pesal abah aku ngan mak aku....supaya dorang ingat akan asal usul dorang.

aku teringat pepatah pak mat caru:

*kalau tak ada dalam diri,anak mata terdiri-diri
#ingat jimat cermat

1 comment:

kudikbacha said...

Haa... wa pon teringat kat papa gua maa.... hari hari kene hamtam kena pukul and diseksa... kepala selalu melayang ke dingding rumah.... bapak aku garang..... aku pulak malas nak belaja.... kadang kadang sebab dia tension balik keje aku pulak yang kene...memang hari hari kena.... samapai dah lost self confideance dah... nasib la ada mak aku and nenek aku. diaorang tak penah putus asa kat aku... selalu bagi semngat untuk terus maju.... lama jugak la nak dapat self confidence balik.... bagi bapa-bapa yang kuat mendera tu.... insaf laa.... anda akan dibenci oleh anak anda... kalau pukul untuk beri pengajaran tu kena laa fair and bersebab... aku sekarang dah berkeluarga.... harap harap tak la jadi macam bapak aku.....

selamat hari bapa....