Tuesday, December 30, 2008

andainya.....

Andainya malam yang sepi
dapat bicara
pasti aku
tak akan kesepian

Tahniah pakcik ucapkan kepada Yam Tuan N. Sembilan yang baru.sebenarnya pada malam sebelum pemasyhuran YDB yg baru itu,pakcik brdoa semoga tuanku muhriz yang berjaya dipilih.Alhamdulillah.....ibarat sireh pulang ke gagang....

kadangkala,pakcik terpikir....apa akan jadi kalau tetiba Ali Rustam atau Mat taib yang jadiks TPM.Dan menantu pak Lah Bollywood tuh plak menang jadiks Ketua Pemuda.hahahahahahaha...alamat akan terkuburlah kerajaan BN kalau diadakan pilihanraya ke 13...

Bung Nuar lak asik bagi tarikh2 keramat yang tak pernah betul.pakcik pon heran gaks,pengikut2 dia masih nak percaya kat dia...hahahahahahahahahaha....

Akhir sekali,pakcik terpikir.Andaikata rajyat2 kita yang jadik pendatang haram di seberang,dapatkah rakyat2 kita menikmati apa yang orang2 seberang tuh nikmati kat negara kita sekarang nih????hahahahahahaha


Maal Hijrah menjelma sudah,Bubur Assyura sudah dinikmati,Yam Tuan baganti sudah,Bilo lak nak tuka pedano menteri..tak sabo den

Bapisah,buaknnyo bacarai
usahlah adiak manangih juo
kampuong den jauh dek
sanak tiado...


Bagaikan sungai yang kering
tiada air
mengharap hujan
turun dari langit.

Cinta adalah nyala rasa tak kunjung
Kasih adalah laut tenang berangkat pasang
Rindu adalah lembah ranah diapung gersang.

Sunday, December 7, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum.pakcik mengucapkan selamat hari raya haji kepada sahabat2,saudara2 sekelian.Semoga dengan hadirnya hari raya haji ini akan menambahkan kesedaran kita tentang peri pentingnya pengorbanan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh ranjau duri,jerangkap-jerangkap samar dan lurang-lurang dalam disebalik janji-janji sorga yang dibisikkan ke telinga kita.

Kebelakangan ini,pihak-pihak tertentu sudah mula berani tanpa segan silu mempertikaikan tentang hak-hak istimewa orang2 melayu.Pakcik tidak memperkatakan tentang 'KETUANAN MELAYU' seperti yang sering didendangkan oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan.Bagi pakcik apalah erti ketuanan melayu jika hakikat sebenarnya melayu sekadar pekerja kepada urang lain(majoriti melayu).Apalah besarnya perkataan tuan itu,jika ia hanya sekadar kata-kata,sedangkan kebanyakan anak bangsa kita......sebenarnya bukanlah tuan(LU PIKIRLAH SENDIRI).

Pakcik sekadar memperkatakan hak2 istimewa orang2 melayu sahaja.Pada pendapat pakcik,pihak2 tertentu ini menjadi berani untuk mempertikaikan hak2 istimewa orang melayu kerana pimpinan melayu sekarang dilihat terlalu lemah.Presiden parti utama melayu dilihat terlalu menurut kehendak mereka,terlalu lemah,hinggaka beliau mencipta rekod sebagai PM pertama yang diberi memo oleh menteri2 bukan islam.

Sewaktu zaman pemerintahan Tun Mahathir,tiadalah mereka2 itu berani mempertikaikan hak2 istimewa orang melayu.Ini keranan Tun adalah seorang pemimpin yang berwibawa,berkarisma dan mereka hormati.Tun umpama guru besar yang memegang rotan besar.

Sebaliknya,orang itu dilihat terlalu lemah dan boleh dipergunakan mereka.dengan tabiatnya yang suka tidur,flip-floppy,indecision,mendengar nasihat dari penasihat2 yang kurang bijak dan macam2 lagi,mereka mendapat peluang untuk mempertikaikan hak2 istimewa orang2 melayu.

Mereka mempertikaikan tentang DEB,sedangkan dasar2 DEB jugalah yang banyak membantu kaum2 mereka untuk berjaya dlm perniagaan.Kenapa pakcik kata begitu?Fikirkan....sebagai contoh....kontrektor-kontrektor melayu,apabila mendapat projek,apa yang akan mereka lakukan?mereka akan sub kontrek2 mereka kepada kontrektor2 cina,akhirnya kontrekor2 cina yang lebih banyak mengaut keuntungan.Buatlah dasar apapun,mereka akan play by the rule kerana mereka bijak dan akhirnya mereka juga yang untung.

Sedangkan dengan adanya DEB ini,mereka lebih berjaya,apatah lagi jika DEB ditiadakan.Pakcik sebenarnya bukanlah anti kepada kerajaan.Tidak sekali-kali.Kerajaan BN lah yang banyak membantu anak bangsa pakcik,sehinggakan sekarang ramai anak bangsa kita yang berjaya menjadi ahli2 professional yang berjaya.Jasa siapakah itu,jika bukan jasa kerajaan BN.Jika bukan jasa MARA,JPA,PETRONAS.Tangan yang menyuap kita,janganlah pula kita gigit tangan itu.

Pakcik hanya memprotes terhadap mereka2 yang mengambil kesempatan dari dasar2 DEB untuk memperkayakan mereka dan kroni2 mereka.Pakcik hanyalah anti kepada mereka-mereka yang terlalu gelojoh untuk menonjolkan diri sedang usia baru setahun jagung.Kerana ketamakan dan kegelojohan manusia-manusia seperti ini,jika dibiarkan ,suatu hari nanti mungkin akan menyebabkan negara pakcik yang tercinta ini akan tergadai ke tangan negara lain.

Ah,buat ahli2 parti utama melayu yang akan mengundi bulan mac nanti,pikir-pikirkanlah.Adakah kalian rela bertuankan menantu urang itu??????Kalau tuan2 rela bertuankan menantu urang itu,tak tahulah pakcik,apalah nasib negara kita nanti???????Sedangkan zaman urang itu memerintah,macam2 hal yang terjadi pada negara kita.Apatahlagi kalau menantu yang tuan2 pilih sebagai tuan,ah......